#Olimpik Malaysia
Explore tagged Tumblr posts
ubaylukis · 5 months ago
Text
Tumblr media
Olimpik 2024
15 notes · View notes
ahmadrazaliwifi · 5 months ago
Text
RTM Sukan Olimpik Paris Live Terkini 2024
RTM kembali sebagai penyiar rasmi untuk Sukan Olimpik Paris. Ini memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menyaksikan acara sukan paling berprestij di dunia dengan akses mudah dan percuma.
0 notes
syida-abdul-rahman91 · 3 years ago
Photo
Tumblr media
Assalamu'laikum. Saya Fatihah My. Ibu kepada 5 orang anak. Bercerita tentang SHAKLEE, banyak sangat testimoni yang kami sekeluarga dapat. Tapi hari ini, Ticer Teah nak cerita tentang anak sulung, 10 tahun. Dari umur 6 bulan, dia memang tak suka makan. Macam-macam masakan tapi dia tutup mulut kecuali susu badan. Masa ini, Ticer Teah belum kenal SHAKLEE. Semestinya berat badannya susut. Tembam memang tembam, tapi berat badan naik sikit sangat. Kemudian, lepas dia putus susu badan, dia mula makan tapi lebih banyak makan buah. Hantu buah, tapi nasi kurang sangat. Bila dah bersekolah tadika usia 4 tahun, dia da mula makan. Masa ni da bagi Mealshake untuknya tapi tak selalu(dia menolak untuk minum). Tapi lain pula masalahnya. Setiap kali lepas makan, dia akan buang air besar. Walaupun makan sedikit. Hati ibu mana tak risau bila umur 7 tahun tapi comel sangat. Paling dia marah bila orang ingat dia anak kedua. Mana taknya, adik dia sama tinggi dengan dia. Tapi, Alhamdulillah. Bila Vita-Lea for children masuk Malaysia, Ticer Teah terus bagi pada dia. Almaklum,tak perlu telan, hisap sahaja. Tapi dia kunyah. Tak cukup sebiji sehari. Kemudian, Ticer Teah perasan, dia dah kurang buang air besar, jarang sakit dan makan pun dah bertambah. Walaupun nampak kecik, tapi ketinggian tuh nampak perubahan setiap tahun. Kalau stok habis, dia yang akan ingatkan, " ibu vitalea dah nak habis". Doakan, AL1 , Al-Fatih terus membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh dan dapat berjasa pada keluarga, masyarakat dan agama. Amin Ya Mujib #syidaabdulrahman #empayarsemarakrimbun #shakleemalaysia #shakleekedah #sparkbalkis #spark #tingkatkanimunitibadan #kanakkanak #suplemenkanakkanak #paralimpik #tokyo #olimpik #malaysia #saveanhar #freepalestine #palestine https://www.instagram.com/p/CTddD_2JdmD/?utm_medium=tumblr
1 note · View note
mohdfikribinmohdali · 3 years ago
Photo
Tumblr media
Semangat "Wahai anak-anakku! Pergilah kamu, carilah (berita) tentang Yusuf dan saudaranya dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya yang berputus asa dari rahmat Allah, hanyalah orang-orang yang kafir." (QS. Yusuf: 87). #tokyo #olimpik #olympics #olympictokyo2020 #tokyo2020 #ayatalquran #quran #melaka #malaysia #jonkerwalk #sport #keirin #diving #badminton #cyclingtrack (at Taman Warisan Dunia Jonker Walk) https://www.instagram.com/p/CSQyaYfJ9ZW/?utm_medium=tumblr
0 notes
redzkamal · 3 years ago
Photo
Tumblr media
Majlis penutup bengkel sepaktakraw malaysia tq dato nazif majlis olimpik malaysia tq2 https://www.instagram.com/p/Ces22lvJOCC/?igshid=NGJjMDIxMWI=
0 notes
jdigital · 3 years ago
Text
BT Bina tawar RM1 juta untuk emas Paris 2024
BT Bina tawar RM1 juta untuk emas Paris 2024
PETALING JAYA : Ganjaran berganda menanti pemenang pingat emas Sukan Olimpik Paris 2024 apabila BT Bina Group Sdn. Bhd. bersedia menawarkan wang tunai berjumlah RM1 juta. Bagi menyemarakkan lagi semangat pemburuan pingat emas pertama buat Malaysia, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BT Bina Group Datuk Seri David Tan bersedia memberi ganjaran berkenaan. Tambahnya, usaha dan strategi untuk memenangi…
View On WordPress
0 notes
theberita · 3 years ago
Photo
Tumblr media
PETALING JAYA – Sejarah tercipta di bumi Tokyo, Jepun apabila atlet olahraga para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli muncul rakyat Malaysia pertama berjaya mempertahankan pingat emas Sukan Paralimpik buat kali kedua berturut-turut. Lebih manis, Ziyad memenangi pingat emas acara lontar peluru F20 Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Stadium Olimpik sebentar tadi dengan rekod dunia baharu menerusi lontaran sejauh 17.94 meter (m). Catatan itu secara tidak langsung mengatasi rekod kebangsaan, 17.54m yang dilakukan oleh Adi Alifuddin Hussin di Palembang, Indonesia pada November 2011. https://instagr.am/p/CTVn_5_BCCT/
0 notes
harunmazlan969 · 3 years ago
Photo
Tumblr media
#Repost @tzafrul_aziz #ahasave @ahasave —— SELAMAT BERJUANG JIJO & SHAH! Debaran kian terasa. Mengapa? Pastinya untuk acara berbasikal di Olimpik Tokyo. Acara berbasikal Men's Sprint dijangka bermula pada 2.30 petang waktu Malaysia. Men's Keirin pula bermula 7 Ogos. Acara berbasikal memang antara salah satu acara wajib yang saya cuba tonton, lagi-lagi bila #TeamMalaysia yang bersaing. To Azizul and Shah, do your best and always remember that all Malaysians are here supporting you all the way! #DemiMalaysia #KontinjenMALAYSIA #MAS #Tokyo2020 https://www.instagram.com/p/CSJQdEZHvGh/?utm_medium=tumblr
0 notes
mohdfikribinmohdali · 3 years ago
Photo
Tumblr media
Alhamdulillah Dapat covid-19 vaccination digital certificate di Dewan Majlis Bandaraya Seremban Tahniah my idola sama umur datuk @azizulhasniawang menang pingat perak olimpik tokyo 2020… teruskan memberi kata-kata semangat kepada saya dan rakyat Malaysia.. Hari ini Perdana Menteri Malaysia @muhyiddinyassin_official mengumumkan boleh rentas negeri untuk second dose.. ini perkhabaran gembira untuk Rakyat Malaysia Selesai olimpik tokyo 2020 Malaysia mencapai 1 perak dan 1 gangsa (@aaronchiatengfong ) Selamat Bulan Merdeka semua rakyat Malaysia #vaksin #covid_19 #vaccine #vaccinationdone✔️ #seconddose #rentasnegeri #malaysia #teamazizul #azizulhasniawang #cycletrack #keirin #sprint #merdeka #selamatharimerdeka #olympics #tokyo2020 #olympictokyo2020 #olympic #ilovesport #sport #negerisembilan #seremban #dewanmajlisbandarayaseremban (at Dewan Majlis Bandaraya Seremban) https://www.instagram.com/p/CST4rWYpBCw/?utm_medium=tumblr
0 notes
alexminhtran4 · 4 years ago
Photo
Tumblr media
MESSI PUNCA SEBENAR? | Borak Borak Botak #bbb #abangbotak #botak #messi #cr7 #a... #blogema #analisisab14 #arena #arenabola #astro #astroarena #astroarena #badminton #bolamamak #bolasepak #bolasepak #darigelanggang #david #formasi #formasiarena #formasiekstra #forum #harimau #harimaumalaya #jdt #malaya #malaysia #maluapabossku #nadiarena #nicol #nubis #olimpik #olympics #seagames #seagames2019 #selangorfas #sepaktakraw #sepaktakrawleague #spike #sport #squash #stl2019 #sukan #sukansea #sukansea2019 #takraw #ultrasmalaya
1 note · View note
theberita · 3 years ago
Photo
Tumblr media
Badminton Olimpik 2020 ‼️ Beregu Malaysia, Aaron Chia/ Soh Wooi Yik berjaya mencipta kejutan untuk menewaskan beregu nombor 1 dunia dari Indonesia, Gideon Marcus Fenaldi/Sukamuljo Kevin Sanjaya dengan keputusan 21-14, 21-17 untuk layak ke Separuh Akhir. Malaysia Boleh 💪🇲🇾 https://instagr.am/p/CR5aPNMpJcK/
0 notes
jamesonkoay · 6 years ago
Link
0 notes
muhaiminrafael · 8 years ago
Text
Aku rasa Mat Over tak sepatutnya tampar David Teo. Punyalah susah David Teo nak reka dan hafal pantun, last-last hanya ayat pembayang yang sempat diucap sebelum tamparan Mat Over singgah tepat ke mukanya. Mat Over kena faham David Teo jenis yang pelat Melayu memanglah bila bercakap nampak macam sedikit kurang ajar. Lagipun David Teo ni berpantun kalau tak puas hati sangat balaslah dengan pantun jugak. Barulah menarik kedua-dua pihak berbalas pantun. Pantun dua kerat pun cukup kalau rasa susat nak buat empat kerat. Barulah terserlah budaya Malaysia yang Truly Asia. Tapi tak peliklah kalau David Teo kena tampar sebenarnya. Sebabnya di Malaysia, imam yang tengah mengimamkan solat pun 'selamba badak' ditampar makmum. Raja Bomoh pun pernah cakap dekat KJ dulu "saya tampar dia macam buaya nanti!". Hakikatnya, rakyat Malaysia dengan penampar memang tak dapat dipisahkan. Tak mandi sebelum Maghrib mak tampar, tak siap kerja sekolah cikgu tampar, kena rasuk hantu ustaz tampar, ustaz pulak kena rasuk hantu jin tampar. Sebagai cadangan, aku harap Skuad Bola Tampar Malaysia boleh pertimbangkan untuk serap masuk penampar-penampar viral ni. Daripada tampar orang lebih baik tampar bola. Manalah tahu kalau ada rezeki boleh pergi jauh sampai ke Olimpik. Kesimpulannya, penampar memang cara mendidik yang digunakan rakyat Malaysia sejak turun temurun lagi. Janganlah takut untuk ditampar kerana ketahuilah bahawa tamparan akan menjadikan kita seorang yang lebih cekal, tabah dan kuat. Memetik lirik lagu daripada Kumpulan 6ixth Sense yang berbunyi " Tampaaar, cintamu aku resah, tampaaar kasihmu aku hampa, tampaaar dirimu aku mati...".
13 notes · View notes
hokalohnews · 6 years ago
Text
MESA tidak lagi ada kuasa terhadap papan selaju | Sukan Hokaloh News
TERDAPAT segelintir penggiat papan selaju yang kelihatan tidak puas hati dengan gabungan Persekutuan Sukan Luncur Berada Malaysia (MYSKATE) dan Persatuan Sukan Ekstrem Malaysia (MESA).
Perkara itu diluahkan dalam akaun media sosial masing-masing selepas melihat gambar majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara MESA dan MYSKATE.
Ada yang menganggap usaha majoriti komuniti papan selaju yang menolak pimpinan MESA adalah perjuangan yang sia-sia terutama sekali apabila ia diterima pemimpin MYSKATE yang pernah menolak kerjasama dengan MESA sebelum ini.
Bagaimanapun Presiden MYSKATE, Idroose Tambarin menolak tanggapan mereka dengan menyatakan MoU yang ditandatangani Terima Kasih Kerana Membaca 🙂 gabungan itu menyaksikan MESA bukan lagi badan kawal selia sukan papan selaju dan inline skate di negara ini.
“MYSKATE dan MESA mengambil pendekatan bersama untuk mewujudkan badan kawal-selia tunggal (sole governing body) dengan tujuan pemusatan sukan ini, sekali gus menyelesaikan konflik pengelolaan sukan luncur beroda dan sukan ekstrem.” kata Idroose dalam satu kenyataannya di akaun Facebook miliknya.
MYSKATE tetap menerusi fungsi sebagai badan kawal-selia disiplin sukan seperti inline speed, inline freestyle, inline hockey, roller freestyle aggressive dan papan selaju.
Pada masa sama, Idroose menegaskan ruang dibuka kepada mana-mana pihak untuk menyuarakan pendapat dan pemegang jawatan selaku ahli badan gabungan adalah wakil kepada komuniti sukan masing-masing.
Majoriti komuniti papan selaju Malaysia sebelum ini menolak kepimpinan MESA kerana menganggap badan itu tidak dibarisi pemain papan selaju dan turut memboikot beberapa kejohanan yang dianjurkan persatuan itu.
Ia menyaksikan kurang daripada 60 peserta menyertai kejohanan papan selaju anjuran MESA bagi memilih atlet kebangsaan untuk mewakili negara ke Sukan Asia 2018.
“Ini merupakan fasa baharu. Tidak perlu ambil langkah ke belakang dan maju terus ke hadapan. Persatuan harus bertindak sebagai sebuah persatuan yang berkhidmat untuk ahli-ahlinya dan selaku pentadbir yang harus mempraktikkan ‘good governance’.
”
Jelas Idroose lagi, langkah yang diambil memberi laluan kepada MYSKATE untuk menjadi ahli kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM), yang menjadi keutamaan untuk memastikan kelancaran penghantaran atlet ke Olimpik oleh MYSKATE.
Atas sebab itu juga, struktur organisasi MYSKATE melalui sedikit perubahan dengan mengambil kira peranan Tan Sri Darshan Singh (Presiden MESA) sebagai tokoh berpengaruh dalam dunia sukan di Malaysia dengan menawarkan jawatan Presiden Kehormat Seumur Hidup (bukan eksekutif) kepada beliau.
Anak Darshan, Datuk Manjit yang merupakan pengasas MESA, menduduki jawatan Setiausaha Agung yang akan memberi tumpuan kepada urusan pentadbiran.
Pengerusi bagi Jawatankuasa Teknikal Papan Selaju Kebangsaan MYSKATE, Adlan Farazi turut memberi penjelasan mengenai MoU yang ditandatangani pada Selasa itu di laman Facebook miliknya.
Bagi Adlan, mereka telah lalui pelbagai rintangan untuk menyelesaikan konflik MESA dengan komuniti papan selaju dan siapa yang patut menjadi badan induk sukan papan selaju, termasuk mengadakan perjumpaan dengan Presiden Persekutuan Papan Selaju Antarabangsa (ISF) Gary Ream di Bangkok.
Malah Adlan menegaskan MESA yang sertai MYSKATE, bukan sebaliknya, dengan syarat-syarat tertentu.
Baginya ini merupakan satu permulaan baharu bagi pembangunan sukan papan selaju di negara ini.
Pasa Selasa, satu MoU ditandatangani antara Darshan dan Idroose di Wisma MOM.
Ia turut disaksikan Timbalan Presiden MOM, Datuk Seri Azim Zabidi, Pesuruhjaya Sukan Malaysia, Datuk Zaiton Othman dan Setiausaha Agung MOM, Datuk Mohd Nazifuddin Mohd Najib.
(function(d, s, id) var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0]; if (d.getElementById(id)) return; js = d.createElement(s); js.id = id; js.src = "http://connect.facebook.net/en_US/all.js#xfbml=1"; fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs); (document, 'script', 'facebook-jssdk'));
#Sukan #Ada #AdlanFaraz #AllInOne #Berita #Buddy #Gabungan #Hokaloh #HokalohNews #IdrooseTambarin #Kerjasama #Kuasa #Lagi #MajlisOlimpikMalaysia #MESA #MOM #MoU #MYSKATE #News #Olimpik #Papan #PapanSelaju #PocketNews #Selaju #Sukan #TanSriDarshanSingh #Terhadap #Tidak
https://hokaloh.news/sukan/mesa-tidak-lagi-ada-kuasa-terhadap-papan-selaju-sukan-hokaloh-news/
0 notes
herokita · 4 years ago
Link
KUALA LUMPUR: Sesiapa sahaja pasti akan tertarik apabila melihat kartun ‘Minion’ dan ‘Pokemon’ yang menjadi sebahagian daripada watak dalam lukisan klasik realisme yang diadaptasi daripada karya artis Itali terkenal, Caravaggio. Apa tidaknya, karya Barat yang dilihat begitu asing dan serius dengan pelbagai watak klasik, disuntik dengan elemen tempatan yang mencerminkan budaya rakyat Malaysia, selain mengekalkan keaslian lukisan berlatarbelakangkan Eropah. Itulah konsep yang cuba diketengahkan oleh Ali Nurazmal Yusoff, 42, dalam setiap hasil kerja seni realismenya. Beliau menggunakan cat minyak atas kanvas supaya nampak lebih menarik dan lebih dekat dengan jiwa masyarakat Malaysia berdasarkan luahannya terhadap peristiwa sosial, budaya dan politik Malaysia. “Ada watak klasik Eropah berganding dengan watak moden, dan ada pula yang tiba-tiba pegang sebungkus nasi lemak dan topeng muka,” kedengaran seorang pengunjung berbisik kepada rakannya ketika menghayati hasil lukisan Ali Nurazmal bertajuk “Imitation Master: Nasi Lemak Spaghetti” di Balai Seni Visual Negara (BSVN), baru-baru ini. Penulis secara kebetulan berpeluang berbual dengan Ali Nurazmal sewaktu sesi ramah mesra media bersama Ketua Pengarah Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN), Datuk Tom Abang Saufi di BSVN pertengahan Julai lepas. Lukisan figuratif beliau yang menggunakan watak dalam karya asal Caravaggio ‘The Fortune Teller’ itu adalah antara 37 karya beliau yang dipamerkan pada Pameran Solonya ‘Project A: Last Man Standing’ di Galeri REKA, BSVN yang bermula 7 hingga 30 Julai. Menurut Ali Nurazmal, beliau menjadikan lukisan Caravaggio sebagai rujukan dan subjek kepada hasil seni kerana mahu memberikan nafas baru terhadap karya seni tempatan. “Selain elemen tempatan, saya suka menambah watak potret saya sendiri, orang-orang di sekeliling saya sebagai watak tambahan pada karya asal Caravaggio,” katanya. ILHAM KETIKA PKP Menceritakan tentang hasil karya yang memaparkan dirinya memegang sebungkus nasi lemak dan watak Itali yang menghulurkan topeng muka kepadanya, Ali Nurazmal berkata ia merupakan antara tiga karya yang disiapkan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). “Sepatutnya pameran solo saya ini dijadualkan pada 23 Mac lepas. Saya telah membuat persediaan dengan pelbagai karya saya sejak 11 tahun lalu namun selepas kerajaan mengumumkan PKP bermula 18 Mac lalu, ia terpaksa ditunda. “Ketika PKP, semua hasil kerja saya yang bersedia dipamerkan itu ‘stuck’ di studio, tidak boleh pergi ke mana, jadi saya mengambil kesempatan dalam tempoh dua hingga tiga bulan PKP itu untuk melukis di studio itu untuk menambahkan lebih banyak karya dan koleksi. “Karya ‘Imitation Master: Nasi Lemak Spaghetti”  ini membawa mesej bahawa jika Malaysia tidak mengambil langkah berjaga-jaga ketika dunia sedang berjuang melawan wabak COVID-19, keadaannya akan menjadi tidak terkawal seperti mana yang berlaku di Itali,” katanya kepada Bernama. Satu lagi karya Ali Nurazmal yang berjudul  “Imitation Master – Makcik Bawang’s Gossip Corner” mengisahkan tentang bagaimana rakyat Malaysia merindui suasana lepak di kedai mamak dan berkumpul bersama-sama sebelum tempoh PKP. “Dalam lukisan itu, saya menambah dua watak yang diberi nama ‘Foodpanda’ dan ‘Grabfood’ serta watak lain sedang menikmati makanan segera. Ia menggambarkan keadaan sebenar rakyat Malaysia sepanjang PKP yang mana semua berada di rumah terpaksa memesan makanan dan mencuba resipi masakan baharu setiap hari,” katanya. Menurut beliau, karya tersebut dihasilkan menggunakan teknik ‘Chiaroscuro’ iaitu teknik pencahayaan yang minimum untuk menciptakan kawasan gelap dan terang dalam sesebuah karya. “Lukisan bersaiz besar itu merupakan percubaan saya dalam menghasilkan karya yang dianggap bertaraf muzium. Kebanyakan karya seperti itu sangat bernilai tinggi dan kerap disimpan di muzium sebagai koleksi berharga. “Walaupun mengambil idea daripada karya Caravaggio, tetapi saya mengolah semula lukisan tersebut dengan memasukkan elemen kehidupan masyarakat pada hari ini terutama di Malaysia selain elemen sekitar kehidupan saya sendiri. “Sebab itulah jika diamati, keseluruhan lukisan tersebut mempunyai dua sisi yang berbeza iaitu di sebelah kiri, saya memasukkan watak yang sering digunakan dalam karya Caravaggio, manakala di sebelah kanan pula adalah watak ciptaan saya sendiri,” katanya yang berasal dari Butterworth, Pulau Pinang. BAKAT SENI Anak kedua daripada tujuk beradik ini dilahirkan dalam keluarga yang mencintai seni apabila kesemua mereka mendalami seni persembahan dan seni lukis. Ali Nurazmal pernah menjadi penghibur dan penyanyi yang membuat persembahan di khalayak. Beliau yang juga mempunyai muzik band sendiri turut menggunakan studionya sebagai tempat mencari ilham untuk melukis. “Sebab itulah, kebanyakan daripada hasil lukisan saya merupakan pengolahan dan kaca mata saya sebagai seorang penghibur untuk menghiburkan audience saya,” kata graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam Ijazah Seni Halus. Kesemua 37 buah hasil karyanya adalah berdasarkan kepada pemerhatiannya mengenai perubahan sosial, politik dan peristiwa yang berlaku di Malaysia selama 11 tahun sejak tahun 2009. Sebagai contoh, dua tahun lepas, ketika rakyat Malaysia tidak kira tua atau muda meminati aplikasi permainan ‘Pokemon Go’, Ali Nurazmal menghasilkan lukisan karya bertajuk ‘Imitation Master After Caravaggio’ dengan memasukkan beberapa watak Pokemon dan kartun kegemarannya iaitu ‘minion’. “Konsep saya dalam lukisan saya bukan sahaja hanya membawa mesej tetapi juga turut menghiburkan mereka kerana saya melukis sebagai seorang penghibur dan penglipur lara. “Rata-rata pengunjung yang datang menyaksikan hasil kerja saya terhibur kerana melihat sesuatu yang begitu dekat dan sinonim dengan kehidupan seharian mereka meskipun tidak memaham makna di sebalik hasil lukisan itu,” katanya. ABADI KENANGAN ZAMAN KANAK-KANAK Bapa kepada lima orang anak lelaki berusia antara enam hingga 16 tahun itu turut mengabadikan kenangan zaman kanak-kanaknya dalam kebanyakan hasil karyanya bagi menghidupkan watak di dalamnya. “Jika mainan kanak-kanak di rumah tidak boleh disimpan lama kerana lama-kelamaan ia akan luput atau rosak dan akhirnya akan dibuang begitu sahaja, tetapi jika diabadikannya dalam bentuk lukisan dan dilihat balik selepas beberapa tahun, ia akan kekal di situ. “Jadi ia secara tidak langsung menggamit memori zaman kanak-kanak dan mengingatkan kepada generasi saya akan datang bahawa saya pernah melalui zaman yang sama seperti mereka dikelilingi dengan mainan dan watak kartun,” katanya. Walaupun pernah muncul sebagai johan dalam Pertandingan Seni Olimpik di Lausanne, Switzerland ketika berusia 15 tahun, Ali Nurazmal memasang angan-angan untuk mengadakan pameran solo di Eropah. “Selain dapat mempamerkan karya saya di peringkat antarabangsa, karya saya juga dapat menjadikan satu platform silang budaya yang mana apabila budaya Barat bertemu dengan budaya Malaysia,” katanya. — BERNAMA (function(d, s, id) { var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0]; if (d.getElementById(id)) return; js = d.createElement(s); js.id = id; js.src="https://connect.facebook.net/en_US/sdk.js#xfbml=1&version=v3.1&appId=517691711979098&autoLogAppEvents=1"; fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs); }(document, 'script', 'facebook-jssdk')); (function(d, s, id) { var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0]; if (d.getElementById(id)) return; js = d.createElement(s); js.id = id; js.src = "http://connect.facebook.net/en_US/all.js#xfbml=1"; fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs); }(document, 'script', 'facebook-jssdk')); HEROKITA.com | Digital Talents On Demand Source link
0 notes